ZAKAT HARTA PERNIAGAAN
1. Syarat-syarat wajib zakat perniagaan ialah:
(a) dimiliki oleh orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.
2. Kadar nisab bagi harta perniagaan ialah 20 mithqal atau 85 gram mengikut harga emas semasa. Kadar zakatnya ialah 25%
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: Dari Samurah: Rasulullah SA.W memerintahkan kepada kaml mengeluarkan zakat dari barang yang disediakan untuk dijual.
(Hadih riwayat Daruquthni dan Abu Daud)
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN
Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan
- ( Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )
2. Kaedah Model Modal Kerja “Working Capital”
Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.
- ( Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )
PELARASAN
Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut:
1. Ditolak Daripada Aset Semasa.
Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:
- Barang-barang Tidak Wajib Zakat
Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak. - Bukan Milik Sempurna
Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB). - Si Penghutang Kewangan
Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu - Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali
Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan. - Aset Semasa Mestilah Yang Produktif
Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak. - Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan
Tabung bagi tujuan kebajukan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. Walaubagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat 'hangus' melalui pemberian derma, khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan - Bagi Kategori Inventori / Stok
Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira
1.1 Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)
Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.
2. Dicampur Kepada Tanggungan Semasa
Menurut pendapat Imam Syafie - Tidak ada syarat hutang dalam menentukan samaada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.
Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:
- Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
- Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon
- Cukai.
Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:
- Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu 'financial loans' dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.
- Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable).
- 'Overdraf'.
- Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).
::: kaedah pengiraan diambil daripada Portal Lembaga Zakat Selangor
2 comments:
Maksud Yang Ikut Nisab Tu.... Adakah Keuntungan Yang Diperolehi Dalam Masa Setahun......??? Kalau Kurang Dari Nisab.. Contoh Harga Emas Semasa Adalah rm200 kalau 87 gram Bersamaan Dengan 17k.... Kalau Keuntungan Lebih Dari 17k maksudnya Kita Kena Bayar Zakat Ye.....
Maksud Yang Ikut Nisab Tu.... Adakah Keuntungan Yang Diperolehi Dalam Masa Setahun......??? Kalau Kurang Dari Nisab.. Contoh Harga Emas Semasa Adalah rm200 kalau 87 gram Bersamaan Dengan 17k.... Kalau Keuntungan Lebih Dari 17k maksudnya Kita Kena Bayar Zakat Ye.....
Post a Comment