KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT HARTA

Ibadat zakat merupakan salah satu daripada rukun islam yang lima. Ibadat zakat ini diwajibkan kepada setiap orang islam apabila cukup syarat-syaratnya. Selain melaksanakan perintah Allah s.w.t, tujuan utama ibadat ini ialah untuk membantu umat islam yang memerlukan pertolongan. Sudah menjadi lumrah alam bahawa ada manusia yang senang, susah, kaya, dan miskin. Oleh itu ibadat zakat yang diwajibkan merupakan pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang terdapat di muka bumi ini. Ibadat zakat juga merupakan hubungan individu dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hal ini dapat dilihat melalui pembahagian harta seseorang kepada orang lain mengikt hukum syarak. Selain itu, hubungan yang erat antara sesama umat islam dapat dijalan.

PETA KONSEP

PETA KONSEP

PENGERTIAN ZAKAT

Pengertian zakat

Dalam bahasa Arab, “zakat” secara umumnya bererti pertambahan. Berdasarkan pengertian umum ini, zakat pada bahasa bererti suci dan subur.

  • Maksud suci ialah menyucikan hati pemilik harta dari segala sikap tamak, kedekut, dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang miskin.
  • Maksud subur ialah mempererat dan menyuburkan ikatan persaudaraan sesama orang islam, terutamanya golangan kaya dengan golongan miskin. Harta juga akan terus membiak dan semakin bertambah dari semasa ke samasa.

Zakat pada istilah syarak pula bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak, dengan kadar tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu.

DALIL ZAKAT

Antara dalil wajib mengeluarkan zakat yang terdapat didalam al-quran dan hadith ialah :

  • firman Allah yang bermaksud : “ Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)….
    (surah al-Taubah 19: 103)
  • Firman Allah : Maksudnya: "Dan dirikanlah shalat olehmu semua dan berikanlah zakat."
(al-Baqarah: 43)

  • hadith rasulullah s.a.w yang bermaksud :- Ibn Abbas berkata : “ Rasulullah menyuruh kita bersembahyang, membayar zakat, menjaga hubungan silaturrahim dan menjaga kesucian diri.”
(hadith riwayat al-Bukhari)

PERANAN ZAKAT

PERANAN ZAKAT



Selain sifatnya sebagai ibadat dalam islam, zakat juga mempunyai objektif kemanusiaan yang nyata. Ia meliputi aspek-aspek kerohanian dan kebendaan yang merangkumi individu dan masyarakat sekaligus. Dalam aspek kebendaan, zakat secara jelas dapat dilihat sebagai salah satu sumber kewangan Negara yang bertujuan khusus untuk membantu orang-orang yang lemah dan memerlukan. Dari segi ini, ia boleh dikatakan tidak berbeza dengan cukai yang dipungut oleh mana-mana Negara daripada rakyatnya. Dalam aspek kerohanian pula, zakat dapat mempertingkatkan nilai hidup berbagai-bagai pihak termasuk pemberi, penerima dan masyarakat umum juga. Malah zakat juga dapat mempertingkatkan nilai harta kepunyaan orang yang mengeluarkan zakat itu. Secara ringkasnya ia boleh dirumuskan seperti berikut:
  • Mempertingkatkan nilai hidup pemberi
    Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)….(surah al-Taubah 19: 103). Penyucian yang dimaksudkan dalam ayat tersebut boleh berlaku dalam berbagai-bagai cara dan aspek. Salah satu daripanya ialah menyucikan pemberi zakat daripada sifat kedekut yang sangat dibenci oleh islam. Oleh itu, dengan memberi zakat perasaan kedekut ini dapat dikikis dari semasa ke semasa dan dapat melatih seseorang berbelanja dengan betul. Selain itu, pengeluar zakat juga dapat merasai kemanisan berbelanja pada jalan Allah dan keselesaan melepaskan diri daripada cengkaman perhambaan diri terhadap harta benda. Zakat juga boleh mengubah rasa kasih sayang seorang penerima zakat terhadap pemberi zakat.
  • membersihkan dan menyuburkan harta
    Dalam mencari harta kekayaan, kadang-kadang secara tidak sedar telah berlaku pencerobohan terhadap hak orang lain. Hal ini menyebabkan harta yang dikumpul telah dicemari oleh hak orang lain. Maka, bagi menyucikan kecemaran tersebut zakat perlulah dikeluarkan. Selain itu, zakat juga boleh memperkembangkan harta berkenaan dan menambah keberkatannya. Meskipun pada lahirnya harta bekenaan akan mengalami kekurangan akibat pengeluaran zakat, pada hakikatnya ia akan mempertingkatkan kegiatan ekonomi masyarakat dan mungkin juga akan memberi pulangan yang lebih kepada pengeluar sendiri sebagaimana firman Allah yang bermaksud :“ Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, Maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezki yang sebaik-baiknya.”(surah Saba’ : 39)
  • membantu pihak yang memerlukan.
    Ini jelas dapat dilihat daripada senarai golongan yang layak menerima zakat yang terdiri daripada fakir miskin, hamba abdi yang berusaha untuk membebaskan diri, mereka yang dihimpit beban hutang, mereka yang keputusan belanja dalam perjalanan dan sebagainya. Pemberian zakat kepada golongan yang memerlukan ini akan dapat menampung keperluan hidup mereka dan mereka tidak akan merasa tersisih daripada masyarakat serta tidak menyimpan perasaan dengki kepada pemilik harta.
  • Memperkukuhkan Jaminan Sosial
    Pemberian zakat kepada fakir miskin dan pihak-pihak yang memerlukan bukan sahaja memberi kesan kepada mereka secara individu tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Bantuan yang diberikan ini, bukan sahaja boleh melegakan seseorang itu secara peribadi tetapi boleh menjadikannya lebih aktif dan masyarakat mendapat faedah daripada aktivitinya itu. Hal ini boleh disifatkan sebagai jaminan keatas semua pihak yang memerlukan sama ada dari segi fizikal, mental ataupun moral.



sumber: Pengurusan ZAKAT, Mahmood Zuhdi Abd. Majid. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.2003

SYARAT HARTA YANG DIKENAKAN ZAKAT

SYARAT-SYARAT HARTA YANG DIKENAKAN ZAKAT



  • Harta Yang Dimiliki Secara Sepenuhnya. Yang dimaksudkan dengan pemilikan ialah hak monopoli yang diperoleh atas harta melalui cara yang dihalalkan oleh syarak. Manakala pemilikan penuh pula bererti pemilikan keatas kedua-dua unsur harta itu, iaitulah “benda” dan “manfaat”. Dengan kata lain, harta berkenaan berada ditangan tuan punya yang berkenaan, tidak tertakluk kepada hak orang lain. Ini bererti zakat tidak diwajibkan keatas harta awam, seperti harta kerajaan kerana ia adalah milik semua orang dan tiada siapa berhak mengurusnya atas nama peribadi. Begitu juga zakat tidak dikenakan keatas harta wakaf am.

  • Harta Yang Subur
    Harta yang dikenakan itu perlu bersifat subur, iaitu ia boleh ditafsirkan sebagai mampu melahirkan keuntungan atau keuntungan itu sendiri. Kesuburan juga terbahagi kepada dua iaitu kesuburan yang hakiki dan tidak hakiki. Kesuburan yang hakiki berlaku dengan cara mengalami pertambahan seperti disebabkan oleh kelahiran anak binatang ternakan atau oleh keuntungan perniagaan. Manakala pertambahan tidak hakiki pula ialah kemampuan dan potensi yang ada pada harta itu sendiri untuk berkembang sama ada berada di tangan tuan punya sendiri atau di tangan orang lain. Hal ini dapat jelas dapat di lihat pada harta-harta yang di sebut oleh Rasulullah s.a.w yang dikenakan zakat semuanya bersifat subur. Antaranya ialah binatang ternakan yang dipelihara bagi tujuan mendapatkan hasil, emas, perak, dan wang ringgit yang diperniagakan atau disimpan, hasil tanaman, harta karun serta hasil perlombongan yang diusahakan dan sebagainya. Begitu juga harta benda yang tidak dikenakan zakat semuanya bersifat tidak subur. Contohnya seperti kuda yang digunakan untuk tunggangan, barang perhiasan wanita dalam kadar yang biasa dan sebagainya.

  • Cukup Nisab
    Secara umumnya, nisab bererti kadar tertentu. Ini bererti, apa sahaja harta tidak dikenakan zakat kecuali sesudah mencapai kadar jumlah yang tertentu yang distilahkan sebgai nisab. Rasullah s.a.w dalam hadithnya menjelaskan dengan terperinci bagi setiap harta yang di kenakan zakat . contohnya ialah sabda Rasulullah yang bermaksud:“ tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada 20 mithqal dan perak yang kurang dari 200 dirham.”(riwayat Abu U’baid)
  • Melebihi Keperluan Asasi. Zakat hanya akan dipungut daripada harta seseorang itu sekiranya ia memiliki sejumlah harta yang cukup bagi keperluan hidup asasi bagi dirinya sendiri dan bagi mereka yang dibawah tanggungannya. Dengan memiliki kadar harta sebanyak itu, barulah ia dianggap sebagai berada dan berkewajipan membantu mereka yang tidak berada.
  • Bebas dari Hutang
    Sebelum jumlah zakat yang perlu dibayar ditentukan, tanggungan hutang pemilik berkenaan perlu ditolak terlebih dahulu daripada jumlah besar harta yang perlu dikenakan zakat itu. Sekiranya selepas penolakan dibuat, bakinya masih mencapai kadar nisab, zakat akan diambil daripada jumlah berkenaan.

  • Cukup Tempoh atau Haul
    Syarat ini hanya terpakai pada harta yang bersifat modal sahaja dan tidak pada harta-harta yang bersifat pendapatan. Antara harta yang bersifat modal dan tertakluk kepada syarat ini ialah binatang ternakan, wang dan barang dagangan. Harta yang bersifat pendapatan dan tidak tertakluk pada syarat ini ialah hasil tanaman, hasil galian, harta karun dan sebagainya.


sumber: Pengurusan ZAKAT, Mahmood Zuhdi Abd. Majid. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.2003

SYARAT DIWAJIBKAN ZAKAT

SYARAT DIWAJIBKAN ZAKAT

  • islam, tidak wajib keatas orang kafir
  • Merdeka, tidak wajib keatas hamba.
  • Sempurna milik iaitu berkuasa penih keatas harta, bukan harta curi, bukan harta orang lain dan sebagainya.
  • Cukup nisab, iaitu cukap kadar dan sukatan yang ditentukan oleh syarak.
  • Cukup haul, iaitu genap tempoh satu tahun hijrah

ZAKAT HARTA

JENIS- JENIS ZAKAT HARTA


Antara harta-harta yang dikenakan zakat ialah:
  • Binatang ternakan iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dab unta.

  • Hasil pertanian, iaitu buah-buahan dan bijirin seperti padi, gandum, tamar, dan barli (makanan asasi sesebuah Negara)

  • Emas dan perak

  • Harta perniagaan,seperti kedai runcit, industri kecil, kenderaan, hartanah

  • Galian harta rikaz iaitu harta karun yang dijumpai dalam tanah.

  • Zakat Pendapatan

  • Zakat wang simpanan

  • Zakat saham

ZAKAT BINATANG TERNAKAN


ZAKAT BINATANG TERNAKAN

Binatang ternakan yang wajib dikeluarkan zakat ialah:

  • Lembu, kerbau
  • Kambing, biri-biri, kibas
  • Unta

Syarat-syarat khas binatang ternakan ialah:

  • Ia bukan binatang yang digunakan sebagai kenderaan, alat pengangkutan, alat kerja dan sebagainya.
  • Kepunyaan sendiri
  • Bebas makan rumput dimana-mana bukan dibeli
  • Cukup nisab, iaitu kadar tertentu yang dikenakan oleh syarak.
  • Cukup tempoh setahun atau haul. Jangka masa demikian bersaskan 12 bulan islam.

:; Nisab dan kadar zakat kambing ialah 40 ekor seperti dalam jadual berikut:






:: Nisab dan kadar lembu dan kerbau ialah 30 ekor seperti dalam jadual berikut:


::Nisab dan zakat bagi unta adalah 5 seperti jadual yang berikut:



ZAKAT PERTANIAN

ZAKAT PERTANIAN

1. Syarat wajib mengeluarkan zakat pertanian ialah:
(a) pemiliknya orang Islam;
(b) merdeka;
(c) milik seridiri;
(d) cukup nisab;


2. Cukup Nisab zakat pertanian ialah 5 ausuq bersamaan 1000kg. Bagi padi nisabnya ialah 1300kg dan nisab buah-buahan pula ialah 700kg.

3. Hasil tanaman yang tumbuh dengan air hujan, air mata air, air sungai, atau tumbuhan di merata-rata, kadar zakatnya ialah 10%.

4. Hasil tanaman yang disiram dengan mengeluarkan perbelanjaan, kadar zakatnya ialah 5%.

Hadis Nabi S.A.W.:
Maksudnya:
Tidak ada sedekah (zakat) pada biji dan kurma kecuali apabila cukup lima wasaq (kurang atau lebih drp 700kg)

(Riwayat Muslim)

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Zakat Emas dan Perak


1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik onang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang mendeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;


(e) genap setahun.



2. Barang tersebut bukan dijadikan barang perhiasan wanita


3. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5%. Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.


4. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.


Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.


(Surah At-Taubah: Ayat 34)


KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

1. Emas Perhiasan Wanita

  • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan.. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram

  • Contoh: (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

2. Emas Yang Disimpan

  • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
  • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
  • Contoh:Timbangan emas x harga semasa x 2.5%90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

3. Perak

  • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
  • Contoh:800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

:: kaedah pengiraan diambil daripada Portal Lembaga Zakat Selangor

ZAKAT PERNIAGAAN

ZAKAT HARTA PERNIAGAAN

1. Syarat-syarat wajib zakat perniagaan ialah:
(a) dimiliki oleh orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.


2. Kadar nisab bagi harta perniagaan ialah 20 mithqal atau 85 gram mengikut harga emas semasa. Kadar zakatnya ialah 25%

3. Setiap tahun peniaga hendaklah membuat kira-kira tentang barang-barang perniagaannya. Tahun perniagaan dikira dari tarikh mula berniaga. Semua barang yang terdapat di kedai dan untungnya dikira. Apabila cukup nisab, maka wajiblah dikeluarkan zakatnya seperti zakat emas iaitu 2.5%.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: Dari Samurah: Rasulullah SA.W memerintahkan kepada kaml mengeluarkan zakat dari barang yang disediakan untuk dijual.


(Hadih riwayat Daruquthni dan Abu Daud)

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

1. Kaedah Model Berkembang “Growth Model”
Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan
  • ( Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )

2. Kaedah Model Modal Kerja “Working Capital”
Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

  • ( Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )

PELARASAN

Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut:

1. Ditolak Daripada Aset Semasa.
Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:

  • Barang-barang Tidak Wajib Zakat
    Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak.
  • Bukan Milik Sempurna
    Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB).
  • Si Penghutang Kewangan
    Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu
  • Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali
    Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan.
  • Aset Semasa Mestilah Yang Produktif
    Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak.
  • Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan
    Tabung bagi tujuan kebajukan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. Walaubagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat 'hangus' melalui pemberian derma, khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan
  • Bagi Kategori Inventori / Stok
    Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira

1.1 Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)

Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.

2. Dicampur Kepada Tanggungan Semasa

Menurut pendapat Imam Syafie - Tidak ada syarat hutang dalam menentukan samaada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.

Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:

  • Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
  • Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon
  • Cukai.

Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:

  • Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu 'financial loans' dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.
  • Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable).
  • 'Overdraf'.
  • Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).

::: kaedah pengiraan diambil daripada Portal Lembaga Zakat Selangor


HARTA RIKAZ

ZAKAT HARTA RIKAZ


Rikaz ialah harta benda milik orang-orang dahulu kala yang berharga yang dijumpai dalam tanah. Harta tersebut wajib dikeluarkan zakat.

  • Kadar zakat harta rikaz ialah 20% daripada jumlah harta yang dijumpai.


Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya:
Zakat rikaz (harta karun) seper1ima (20%).

(Riwayat Bukhari dan Muslim)




ZAKAT PENDAPATAN

ZAKAT PENDAPATAN

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi seperti Gaji tahunan , Tunggakan gaji Pelbagai elaun dan Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian. Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Seperti Khidmat guaman , Khidmat nasihat , Juru perunding , dan lain-lain.

Firman Allah swt:

Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

(Surah al-Baqarah (ayat 267)

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Terdapat 2 garis panduan mengira zakat pendapatan

Kaedah 1
2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)
  • Sekiranya gaji anda sebulan ialah RM 2,000 maka gaji setahun anda ialah RM 24,000. Jumlah zakat pendapatan yang perlu anda bayar ialah 2.5% x RM 24,000 iaitu RM 600 di mana purata bayaran zakat bagi satu bulan ialah RM 50.

Kaedah 2
Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan)

  • Cara kedua ini mengambilkira penolakkan yang dibenarkan seperti diri sendiri (RM 8,000), isteri (RM 3,000), anak (RM 1,000 untuk seorang), caruman KWSP, pemberian ibu bapa dan caruman Lembaga Tabung Haji

:: diambil daripada portal Lembaga Zakat Selangor

ZAKAT WANG SIMPANAN

ZAKAT WANG SIMPANAN


Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram)

Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan

  • Simpanan Tetap
    Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
  • Simpanan Biasa
    Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.
  • Simpanan Dalam Satu Akaun
    Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
  • Simpanan Dalam Beberapa Akaun
    Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.

::: diambil daripada portal Lembaga Zakat Selangor

ZAKAT SAHAM

ZAKAT SAHAM

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.

Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% atas nilai terendah semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).

  • Saham Yang Masih Dimiliki sehingga Hujung Haul
    * Pengiraan zakat ialah 2.5 % atas harga terendah atas kos dan pasaran
    * CONTOH: 200 lot (1 lot bersamaan 1000 unit) saham Syarikat Mukmin x RM1.00 (andaian harga terendah) = RM200,000
    * RM200,000 x 2.5 % = RM5,000 (jumlah zakat)
  • Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Haul (setahun)
    * Pengiraannya ialah 2.5 % atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian
    * CONTOH: jumlah nilai saham - kos belian
    * RM500,000 - RM400,000 = RM100,000
    * RM100,000 x 2.5 % = RM2,500


:: diambil daripada portal Lembaga Zakat Selangor

ASNAF ZAKAT

SIAPAKAH YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT ?


Firman Allah S.W.T :
Maksudnya: sesungguhnya sedekah (zakat)itu hanya untuk orang fakir, orang miskin,amil yang mengurusnya, orang mualaf yang dijinakkan hatinya, orang yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang;untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah; dan musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketentuan hokum yang demikian ialah) sebagai ketenangan (yang datangnya) daripada Allah dan (ingatlah) Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.
(surah at-Taubah:60)

Dalam ayat diatas allah menyebut satu persatu golongan yang berhak menerima zakat iaitu:
  1. orang fakir
    Fakir orang islam yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas
  2. orang miskin
    Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
  3. Amil
    Orang yang terlibat dalam pengurusan zakat, sama ada sebagai pegawai pengurusan atau kakitangan sokongan pada semua peringkatnya. Semua mereka ini berhak memperoleh peruntukkan tertentu daripada hasil pungutan zakat sebagai gaji dan sara hidup mereka, atau dalam bentuk yang lain yang munasabah. Mengiku para puqaha, amil ini mestilah memenuhi syarat tertentu iaitu, islam, mukallaf, beramanah, memahami hokum zakat, mampu melaksanakan kerja dan lelaki.
  4. Muallaf
    Orang-orang yang baru memeluk islam atau dalam tradisi Malaysia mereka disebut sebagai saudara baru.
  5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya
  6. Orang yang berhutang.
    Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
    . Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
    · Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
    · Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
  7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T.
  8. Musafir yang terkandas.
    Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
    · Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
    · Pengembaraan diharuskan oleh syarak.


SUMBER:1. Pendidikan Islam, 2008 , Hamil @ Amir Abdullah dan Mohd.Shukri Othman, Sasbadi Sdn. Bhd: Selangor.

2. Pengurusan ZAKAT, Mahmood Zuhdi Abd. Majid. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.2003


HIKMAT DITENTUKAN PENERIMA ZAKAT

HIKMAT DITENTUKAN PENERIMA ZAKAT

Allah hanya menentukan golongan tertentu sahaja yang berhak menerima zakat . hal ini dapat dilihat mempunyai hikmatnnay yang tersendiri antaranya ialah :

  • Supaya mereka dapat merasai kehidupan yang lebih sempurna melalui nikmat Allah swt.
  • Golongan tersebut perlukan pembelaan dan bantuan daripada orang islam lain untuk meneruskan hidupnya.
  • Mereka berjuang dan berjihad pada jalan Allah s.w.t demi menegakkan kebenaran agama islam
  • Mereka adalah golongan yang kurang bernasib baik yang wajib diberi bantuan supaya dapat hidup dengan sempurna.
  • Golongan yang wajib diberi bantuan untuk menjinakkan hatinya kepada islam bagi menambahkan keimanan kepada Allah S.W.T
  • Menunjukkan islam mengambil berat kepada umatnya yang kurang berkemampuan.









PERBEZAAN ZAKAT, SEDEKAH & CUKAI PENDAPATAN

APA PERBEZAAN ZAKAT, SEDEKAH DAN CUKAI PENDAPATAN ?



  • Zakat ialah mengeluarkan harta menurut tuntutan syarak wajib diberikan kepada golongan tertentu yang berhak menerimanya.

  • Sedekah bermaksud bantuan kepada orang fakir dan miskin dalam bentuk harta dan perkhidmatan.

  • Cukai pendapatan pula ialah bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu bekerja, syarikat dan perbadakan untuk perbelanjaan Negara.

  • Jadual dibawah menunjukkan perbezaan antara zakat, sedekah dan cukai pendapatan





HIKMAT ZAKAT

HIKMAT ZAKAT

1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:

  • mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam
  • mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam
  • melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni
  • memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan
  • melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.

2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:

  • memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya
  • membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam
  • memperkukuh ekonomi umat Islam dan menyebabkan kaum lain menghormati kemampuan umat Islam
  • umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni
  • masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku
  • syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.

3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam. Contohnya:

  • kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam
  • kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam
  • wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan
  • melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.


4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:

  • kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain
  • wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran
  • membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.



INSTITUSI PENGURUSAN ZAKAT

INSTITUSI PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Institusi pengurusan zakat di Malaysia ialah sebuah institusi kewangan yang teanggungjawab terhadap segala kutipan zakat fitrah dan zakat harta. Institusi ini berada dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam di setiap negeri. Ia mempunyai beberapa peranan seperti :

  • Memungut dan meningkatkan kutipan zakat harta dan zakat fitrah
  • Menggunakan harta zakat untuk memajukan masyarakat islam
  • Membelanjakan harta zakat melalui cara yang halal untuk meningkatkan ekonomi umat islam
  • Memperkukuhkan cara yang sistematik dalam urusan pengutipan zakat melalui operasi berkomputer
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mengeluarkan zakat
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi kewujudan kepada umat islam membayar zakat.




sumber rujukan

1. Pendidikan Islam, 2008 , Hamil @ Amir Abdullah dan Mohd.Shukri Othman, Sasbadi Sdn. Bhd: Selangor.

2. Pengurusan ZAKAT, Mahmood Zuhdi Abd. Majid. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.2003

3. Revisi Prioriti PMR Pendidikan Islam, Ustaz Hamil @ Amir Abdul Hameed. Sasbadi Sdn. Bhd.2003

4. http://www.zakatsel.com.my/baru/index.asp