KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT HARTA

Ibadat zakat merupakan salah satu daripada rukun islam yang lima. Ibadat zakat ini diwajibkan kepada setiap orang islam apabila cukup syarat-syaratnya. Selain melaksanakan perintah Allah s.w.t, tujuan utama ibadat ini ialah untuk membantu umat islam yang memerlukan pertolongan. Sudah menjadi lumrah alam bahawa ada manusia yang senang, susah, kaya, dan miskin. Oleh itu ibadat zakat yang diwajibkan merupakan pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang terdapat di muka bumi ini. Ibadat zakat juga merupakan hubungan individu dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hal ini dapat dilihat melalui pembahagian harta seseorang kepada orang lain mengikt hukum syarak. Selain itu, hubungan yang erat antara sesama umat islam dapat dijalan.

PETA KONSEP

PETA KONSEP

ASNAF ZAKAT

SIAPAKAH YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT ?


Firman Allah S.W.T :
Maksudnya: sesungguhnya sedekah (zakat)itu hanya untuk orang fakir, orang miskin,amil yang mengurusnya, orang mualaf yang dijinakkan hatinya, orang yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang;untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah; dan musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketentuan hokum yang demikian ialah) sebagai ketenangan (yang datangnya) daripada Allah dan (ingatlah) Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.
(surah at-Taubah:60)

Dalam ayat diatas allah menyebut satu persatu golongan yang berhak menerima zakat iaitu:
  1. orang fakir
    Fakir orang islam yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas
  2. orang miskin
    Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
  3. Amil
    Orang yang terlibat dalam pengurusan zakat, sama ada sebagai pegawai pengurusan atau kakitangan sokongan pada semua peringkatnya. Semua mereka ini berhak memperoleh peruntukkan tertentu daripada hasil pungutan zakat sebagai gaji dan sara hidup mereka, atau dalam bentuk yang lain yang munasabah. Mengiku para puqaha, amil ini mestilah memenuhi syarat tertentu iaitu, islam, mukallaf, beramanah, memahami hokum zakat, mampu melaksanakan kerja dan lelaki.
  4. Muallaf
    Orang-orang yang baru memeluk islam atau dalam tradisi Malaysia mereka disebut sebagai saudara baru.
  5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya
  6. Orang yang berhutang.
    Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
    . Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
    · Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
    · Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
  7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T.
  8. Musafir yang terkandas.
    Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
    · Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
    · Pengembaraan diharuskan oleh syarak.


SUMBER:1. Pendidikan Islam, 2008 , Hamil @ Amir Abdullah dan Mohd.Shukri Othman, Sasbadi Sdn. Bhd: Selangor.

2. Pengurusan ZAKAT, Mahmood Zuhdi Abd. Majid. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.2003


0 comments:

sumber rujukan

1. Pendidikan Islam, 2008 , Hamil @ Amir Abdullah dan Mohd.Shukri Othman, Sasbadi Sdn. Bhd: Selangor.

2. Pengurusan ZAKAT, Mahmood Zuhdi Abd. Majid. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.2003

3. Revisi Prioriti PMR Pendidikan Islam, Ustaz Hamil @ Amir Abdul Hameed. Sasbadi Sdn. Bhd.2003

4. http://www.zakatsel.com.my/baru/index.asp